Wednesday, July 11, 2012

RAHSIA DI BALIK TABIR BERSIH 3.0

RAHSIA DI BALIK TABIR BERSIH 3.0
Dengan slogan Duduk Bantah, mungkin sesiapa yang terlibat dalam Bersih 3.0 ini tidak dibenarkan berdiri. Hahaha… Semua kenyataan di bawah akan merungkai segala misteri Bersih 3.0 Duduk Bantah!


Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0? Apakah tuntutan mereka?
1.      Bersihkan senarai undi
2.      Reformasikan Undi Pos
3.      Gunakan Dakwat Kekal
4.      Akses Media yang Bebas dan Adil
5.      Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6.      Kukuhkan Institusi Awam
7.      Hentikan Rasuah
8.      Hentikan Politik Kotor

Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0  pada 28 April 2012.
Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya.   Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:
1. Bersihkan senarai undi - SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi.  SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.
2. Reformasikan Undi Pos - Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan.  Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.
3. Gunakan Dakwat Kekal - Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil - SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding.   Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.
Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian

Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu

6. Kukuhkan Institusi Awam,
Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.

7. Hentikan Rasuah dan
Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap.  Semuanya berjalan dengan lancar dan professional.  Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.

8. Hentikan Politik Kotor .
Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan?  Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah.  Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.
Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.
Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.
Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih.

No comments:

Post a Comment