Friday, February 24, 2012

Israel = Komunis = PKR


Isu yang paling sensasi dikalangan ahli [politik dan media masa yang berkaitan dengan  bangsa yahudi atau Israel. Hari ini di dalam Khutbah Sembahyang Jumaat juga Khatib telah membicarakan tentang perihal Israel ini. Sebagai seorang muslim wajib untuk kita menzahirkan kebencian terhadap  Israel.

Kedangkalan dan kesombongan pembangkang yang mengitar semula isu ini bagi meraih kepercayaan dan undi pilihanraya ke 13 mencerminkan hasrat dan cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya.Dengan penuh yakin dan bangga Pemimpin Anugerah Tuhan (PAT) PKR menyatakan sokongan terhadap Israel demi memenuhi hasrat dan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Walaupun kenyataannya dikhabarkan berlapik tetapi natijah keegoannya terserlah.

Manakala sekutunya di dalam pakatan terus menyatakan sokongan meskipun menyedari ianya telah lari dari landasan prinsip perjuangan mereka. Namun bagi mereka melalui perubahan gaya politik berhelah sahajalah yang dapat memenangi para pengundi yang tegar dan kaku mindanya.

Ketua bendera hijau yang berbulan putih ditengah, dengan lantang mengarahkan agar PAT ini memohon maaf dan menyaman surat khabar dongengan Israel ini. Tetapi PAT masih tetap dengan pendiriannya dengan alasan yang penuh berhelah.

Sekutunya dalam PR  hanya diam dan membuta sahaja dalam isu ini dan hanya sekadar membuka mulut manis bicara agar kepesongan niat mereka tidak dinilai hina oleh pengikut tegar ataupun rakan beserban mereka.Mereka sekadar mengambil jalan selamat, demi menjaga kantung duit mereka tidak terjejas menjelang PRU 13. Kenangan lampau yang membanggakan si ROKET dalam peristiwa hitam Mei1969 menjadi aspirasi dalam mentarbiah pengikut mereka agar menggunakan apa cara sekalipun untuk mempastikan kesinambungan dan cita-cita mereka tercapai. Maka tidak hairanlah ketika itu ROKET adalah komunis dan komunis adalah ROKET.

Dimasa sekarang pula, Bendera Buta yang hitam hati mereka telah secara semborono menyokong mereka asalkan tercapai matlamat dan cita-cita tanpa menjengah sejarah terdahulu. Pelabagai fitnah dan tomahan dicipta dan direka oleh mereka kemudian disebarkan di alam maya kepada sekalian alam supaya dapat dibaca, didengari dan dilihat oleh pendukung dan penyokong tegar mereka.

Akhirnya kehancuran akan terjadi jika si ROKET, si Bendera Buta dan si Hijau bermata Putih dapat memerintah negara tercinta ini. Kesamaan corak fikiran dan kesombongan bersamaan dengan Israel dan Komunis.

Lu pikirlla sendirri bro!!!!!......




No comments:

Post a Comment