Monday, October 21, 2013

Beri Peluang Barisan Kepimpinan UMNO Laksana Agenda Transformasi Negara

PUTRAJAYA, 20 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat memberi peluang kepada saf kepimpinan tertinggi Umno yang baharu untuk membuktikan kewibawaan mereka menjayakan agenda transformasi negara.
Presiden Umno itu berkata kepimpinan Umno tidak semestinya diganti dengan yang baharu kerana apa yang penting ialah kemampuan pasukan itu untuk melaksanakan agenda untuk negara.
“Proses transformasi telah dimulakan dengan Pindaan Perlembagaan, transformasi juga bererti bahawa kita ada agenda transformasi untuk negara. Soal utamanya ialah sama ada pasukan yang telah dipilih oleh akar umbi mampu untuk melaksanakan agenda transformasi negara.
“Jawapannya, mereka komited dan saya percaya pasukan ini mampu menterjemahkan agenda transformasi iaitu ke arah sebuah negara maju. Saya percaya, Insya-Allah kita mampu melakukan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Palm Garden Golf Club di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
demokrasi-pemilihan-umno-perhimpunan-pemimpin-majlis-tertinggi-malaysia
Pada pemilihan semalam, seramai 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut sistem ‘Electoral College’ bagi memilih tiga naib presiden baharu.
Mengikut sistem itu, setiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi paling banyak daripada perwakilan bahagian dikira meraih satu undi daripada bahagian berkenaan.
Soal gandingan pemimpin lama dan baharu, Najib berkata sebagai presiden parti beliau mempunyai kuasa untuk melantik anggota tambahan dalam Majlis Tertinggi dan sebahagian daripada mereka yang akan dilantik nanti akan mencerminkan apa yang dikehendaki oleh rakyat dan anggota parti.
Ditanya sama ada barisan baharu merupakan calon dikehendaki rakyat, Perdana Menteri berkata : “Mereka dipilih oleh parti, jadi dipilih oleh 150,000 orang, kita perlu hormati pilihan itu, ia bukan dipilih oleh 2,500 orang seperti sebelum ini tetapi 150,000 orang yang telah memilih barisan baharu ini.
“Tapi kami akan mantapkan barisan dari segi saya mempunyai pilihan untuk melantik anggota tambahan dalam Majlis Tertinggi dan diharapkan ia akan mencerminkan pasukan yang kuat bila tiba masanya,” katanya.
Mengenai kurang calon wanita dalam Majlis Tertinggi, beliau menjelaskan keputusan pastinya tidak akan dapat memberi kepuasan kepada semua pihak dan Perlembagaan parti memberi kuasa kepada presiden untuk melantik anggota tambahan.
“Saya akan bincang dengan timbalan (presiden) nanti supaya dapat lihat cara bagaimana untuk mengukuhkan parti melalui pelantikan tambahan,” katanya.
Mengenai dakwaan campur tangan beliau dalam keputusan pemilihan Umno, Najib menafikannya sambil menegaskan undi adalah sulit dan ia adalah hak setiap perwakilan.
“Tak ada, ini (melibatkan) 150,000 perwakilan, macamana nak campur tangan? Undi semua adalah sulit. Semua orang boleh beri pandangan di semua peringkat tetapi akhirnya undi itu adalah undi sulit dan ia hak setiap perwakilan,” tegasnya.
Mengulas mengenai proses pemilihan Umno, Najib menganggap proses itu telah berjaya apabila anggota Umno secara menyeluruh menunjukkan sifat yang begitu matang dan ia berlangsung dalam suasana terkawal.
“Ia juga menunjukkan mereka (para perwakilan) telah melaksanakan tangungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh dan mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Sambil mengucap tahniah kepada mereka yang menang dalam pemilihan parti itu, Najib berkata beliau percaya kesemua pemimpin sama ada naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi dapat membantu beliau dan Muhyiddin melunaskan tanggungjawab bersama sebagai satu pasukan yang mantap.
“Maka kita, sepatutnya menerima pemimpin-pemimpin ini sebagai pilihan ahli parti di peringkat akar umbi dan kita mesti menunjukkan bahawa kita mampu, pertama memenuhi amanah dan tanggunghjawab yang telah diletakkan di atas bahu kami semua sebagai pemimpin.
“Kedua, mengingatkan bahawa Umno adalah sebuah parti untuk rakyat bukan sahaja untuk ahli Umno, tetapi untuk rakyat keseluruhannya dan beriltizam untuk menjayakan agenda induk kita iaitu bukan sahaja mengukuhkan Umno sebagai sebuah parti politik bagi menjayakan matlamat perjuangan Umno tetapi agenda nasional juga iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju,” katanya.
Najib juga berkata kepada mereka yang tidak berjaya, beliau berharap mereka akan meneruskan perjuangan manakala yang berjaya hulurlah tangan persahabatan kepada semua.-MediaUMNO
“Saya harap tidak ada istilah kalah menang tetapi hakikatnya meneruskan perjuangan kita mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI


    ReplyDelete