Monday, October 3, 2011

Sekadar untuk Renungan

Glasgow 2 Oktober .  Seorang Wanita Scotland yang baru pulih daripada sakit stroke terkejut besar apabila dia boleh bercakap dalam loghat Itali dan Cina, walaupun ia tidak pernah melawat ke dua-dua negara tersebut. Debbie McCann, 48, tidak boleh bercakap dengan baik sebelum dia sembuh, dia pada mulanya bercakap dalam loghat Cina dan kemudian loghatnya dalam bahasa Itali semakin jelas dan orang ramai sering bertanya asal usulnya.
Keadaan ini membuatkannya rasa malu untuk bercakap dengan orang lain kerana sebelum jatuh sakit pada November lalu, dia bercakap dalam loghat Glasgow yang pekat.
Menurut doktor, McCann dipercayai menghidap penyakit Sindrom Loghat Asing yang hanya dihidapai kira-kira 60 orang di dunia ini. _ Cerita kaki Utusan Malaysia 3Okt 2011.

Di Malaysia pun ada juga yang tiba-tiba tukar loghat bila kena tegur, cuba kita renungkan rasanya ada spesis ni di Malaysia.... !!!!!! Hari ni cakap A esok cakap B, lusa A balik , tulat cakap, Mcm2 ada........




No comments:

Post a Comment