Monday, March 5, 2012

Nujum PRU

Melangkah ke bulan Mac 2012, debaran jantung ahli politik semakin kencang sepertikencangnya kayuhan pelumba Ltdl yang tamat semalam. Semakin ramai yang cuba menelaah dan merenung mangkuk sakti bila Gong Pembubaran Parlimen akan dilakukan oleh PM.  Pihak pembangkang semakin risau dengan  kerancakan PM dan TPM turun ke padang dengan dibanjiri lautan rakyat, seolah-olah pilihanraya semakin hampir sekali. Bergoyang tiang seri kubu-kubu kuat pembangkang dgn arus yang dibawa oleh kerajaan, namun sewajarnya dipihak BN tidak mudah alpa dan lalai dengan sikap berdiam diri sesetengah pembangkang, perhati dan halusi gerakan senyap yang dimainkan oleh mereka kerana ditakuti ada bom jangka yang akan meletup !!!!!!!