Monday, March 5, 2012

Nujum PRU

Melangkah ke bulan Mac 2012, debaran jantung ahli politik semakin kencang sepertikencangnya kayuhan pelumba Ltdl yang tamat semalam. Semakin ramai yang cuba menelaah dan merenung mangkuk sakti bila Gong Pembubaran Parlimen akan dilakukan oleh PM.  Pihak pembangkang semakin risau dengan  kerancakan PM dan TPM turun ke padang dengan dibanjiri lautan rakyat, seolah-olah pilihanraya semakin hampir sekali. Bergoyang tiang seri kubu-kubu kuat pembangkang dgn arus yang dibawa oleh kerajaan, namun sewajarnya dipihak BN tidak mudah alpa dan lalai dengan sikap berdiam diri sesetengah pembangkang, perhati dan halusi gerakan senyap yang dimainkan oleh mereka kerana ditakuti ada bom jangka yang akan meletup !!!!!!!

Friday, February 24, 2012

Israel = Komunis = PKR


Isu yang paling sensasi dikalangan ahli [politik dan media masa yang berkaitan dengan  bangsa yahudi atau Israel. Hari ini di dalam Khutbah Sembahyang Jumaat juga Khatib telah membicarakan tentang perihal Israel ini. Sebagai seorang muslim wajib untuk kita menzahirkan kebencian terhadap  Israel.

Kedangkalan dan kesombongan pembangkang yang mengitar semula isu ini bagi meraih kepercayaan dan undi pilihanraya ke 13 mencerminkan hasrat dan cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya.Dengan penuh yakin dan bangga Pemimpin Anugerah Tuhan (PAT) PKR menyatakan sokongan terhadap Israel demi memenuhi hasrat dan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Walaupun kenyataannya dikhabarkan berlapik tetapi natijah keegoannya terserlah.

Manakala sekutunya di dalam pakatan terus menyatakan sokongan meskipun menyedari ianya telah lari dari landasan prinsip perjuangan mereka. Namun bagi mereka melalui perubahan gaya politik berhelah sahajalah yang dapat memenangi para pengundi yang tegar dan kaku mindanya.

Ketua bendera hijau yang berbulan putih ditengah, dengan lantang mengarahkan agar PAT ini memohon maaf dan menyaman surat khabar dongengan Israel ini. Tetapi PAT masih tetap dengan pendiriannya dengan alasan yang penuh berhelah.

Sekutunya dalam PR  hanya diam dan membuta sahaja dalam isu ini dan hanya sekadar membuka mulut manis bicara agar kepesongan niat mereka tidak dinilai hina oleh pengikut tegar ataupun rakan beserban mereka.Mereka sekadar mengambil jalan selamat, demi menjaga kantung duit mereka tidak terjejas menjelang PRU 13. Kenangan lampau yang membanggakan si ROKET dalam peristiwa hitam Mei1969 menjadi aspirasi dalam mentarbiah pengikut mereka agar menggunakan apa cara sekalipun untuk mempastikan kesinambungan dan cita-cita mereka tercapai. Maka tidak hairanlah ketika itu ROKET adalah komunis dan komunis adalah ROKET.

Dimasa sekarang pula, Bendera Buta yang hitam hati mereka telah secara semborono menyokong mereka asalkan tercapai matlamat dan cita-cita tanpa menjengah sejarah terdahulu. Pelabagai fitnah dan tomahan dicipta dan direka oleh mereka kemudian disebarkan di alam maya kepada sekalian alam supaya dapat dibaca, didengari dan dilihat oleh pendukung dan penyokong tegar mereka.

Akhirnya kehancuran akan terjadi jika si ROKET, si Bendera Buta dan si Hijau bermata Putih dapat memerintah negara tercinta ini. Kesamaan corak fikiran dan kesombongan bersamaan dengan Israel dan Komunis.

Lu pikirlla sendirri bro!!!!!......




Monday, October 3, 2011

Sekadar untuk Renungan

Glasgow 2 Oktober .  Seorang Wanita Scotland yang baru pulih daripada sakit stroke terkejut besar apabila dia boleh bercakap dalam loghat Itali dan Cina, walaupun ia tidak pernah melawat ke dua-dua negara tersebut. Debbie McCann, 48, tidak boleh bercakap dengan baik sebelum dia sembuh, dia pada mulanya bercakap dalam loghat Cina dan kemudian loghatnya dalam bahasa Itali semakin jelas dan orang ramai sering bertanya asal usulnya.
Keadaan ini membuatkannya rasa malu untuk bercakap dengan orang lain kerana sebelum jatuh sakit pada November lalu, dia bercakap dalam loghat Glasgow yang pekat.
Menurut doktor, McCann dipercayai menghidap penyakit Sindrom Loghat Asing yang hanya dihidapai kira-kira 60 orang di dunia ini. _ Cerita kaki Utusan Malaysia 3Okt 2011.

Di Malaysia pun ada juga yang tiba-tiba tukar loghat bila kena tegur, cuba kita renungkan rasanya ada spesis ni di Malaysia.... !!!!!! Hari ni cakap A esok cakap B, lusa A balik , tulat cakap, Mcm2 ada........




Wednesday, September 28, 2011

salahkah Sejarah ????

 mutakhir ini ramai yang bercakap ttg sejarah negara. x cukup dgn budak2 tungging terbalik hapal sejarah psl nak periksa upsr , ni sampai ke bapak2 budak hentak meja  kedai mamak, conteng bas stop, dan dimana2 saje yang ada orang bol;eh bercakap, semua cakap trtg sejarah . Ada plak yang terlbh cerdik nak tulis balik sejarah negara.  mcm2 orng malaisia ni kalau berdebat. tapi yg pelik bin hairan tu mengapa kita tidak belajar dari sejarah yg telah ditulis tu. ambil le ckit pengajaran bgmna negara ni membangun dan kenapa negara dijajah, semua akibat x menilai erti sejarah . Bila ramai yg dah sampai ke angkasa sbb maju teknologi, jgn lah kita lupa bahawea ia juga ada dalamsejarah Islam. cubalah kita renung2 apakan jadi dengan anak cucu kita apabila kita masih sibuk mempertikai ttg sejarah. berfikirlah utk majukan negara Kita ini. jgn nak jadi hero utk diri sendiri aje broo

Monday, September 5, 2011

WIRA NEGARA

Menjelang seminggu umat Islam menyambut hari raya Idul Fitri, negara kehilangan seorang lagi Wira Muda Negara, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor. Wartawan yang mati Syahid ditembak sewaktu menyertai Misi Kemanusiaan di Somalia. Negara atas kematian beliau *(al-fathihah). Tapi yang peliknya masih ada lagi suara-suara sumbang-mambang yang menuding jari kpd Misi ini, kata kerajaan salah, Org sebelah sana tu apa dia buat. Dlm kita sibuk memperkatakan tentang Wira Negara, ada plak yang nak jadi hero kata PKM tu adalah Wira, Biar buta mata jgn lah sampai buta sejarah, nanti negara kena gadai, baru nak menyesal..............