Tuesday, February 18, 2014

KEISTIMEWAAN KAJANG

Disini Bermulanya .........

Kajang adalah antara kawasan di Selangor yang mempunyai sejarahnya yang unik, selain terkenal dengan makanan Satay, Penjara Kajang ( antara penghuninya yang popular ialah Mona Fendey, Suhaimi Mat Hassan (Pembunuh Noor Suzailly), Imam Hoslan Hussain (baling kasut ke hakim) serta Abdul Kahar Ahmad yang mengaku 'Rasul Melayu') dan kisah Leftenan Adnan (beliau dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang dalam tahun 1915).


Hari ini ...........


Kajang menjadi salah satu dari nadi pembangunan Negeri Selangor.



 Mulai 11 Mac 2014 Kajang sekali menjadi tumpuan seluruh ahli politik di Malaysia apabila PRK N25 Kajang di pentaskan. DSAI secara terangan mengistihar beliau sebagai calon PR yang telah dimuktamadkan dalam mesyuarat PKR. Manakala BN masih lagi bermain teka-teki tentang calon BN. Dato Zaid Ibrahim (bekas Menteri dan bekas calon PKR Hulu Selangor dan bekas Presiden KITA) membuka kad untuk bertanding atas tiket BEBAS.

Makanya semakin banyak  lah  RESTORAN SATAY KAJANG SEGERA  akan muncul menjelang PRK tersebut. Harga rumah koosong akan semakin naik harga dan kesesakan tahap GABAN akan berlaku di KAJANG. Kita tunggu 11 MAC 2014 Kajang berpesta .........









No comments:

Post a Comment