Wednesday, October 23, 2013

Jangan terperangkap politik kekeluargaan pembangkang

Yan: Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, menasihatkan pengundi tidak terperangkap dengan sentimen politik kekeluargaan yang dimainkan pembangkang.

Sebaliknya, beliau berkata kebolehan calon BN atau PAS harus diukur berdasarkan kebolehan masing-masing sebagai individu, terutama kemampuan menunaikan kewajipan diamanahkan, sekali gus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Lihat sumbangan calon


“Saya kira faktor politik kekeluargaan tidak wajar dijadikan sebagai kaedah untuk memilih wakil rakyat yang akan mewakili penduduk DUN Sungai Limau.
Sebaliknya, mereka perlu melihat faktor sumbangan calon sebagai kriteria utama untuk mengangkat kehidupan masyarakat yang diwakilinya,” katanya ketika ditemui sempena majlis turun padang anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, semalam.

Ahmad Sohaimi berkata, beliau tidak menafikan faktor politik kekeluargaan mungkin menjadi dorongan pengundi membuat pilihan, namun aspek politik secara holistik juga perlu dilihat dengan mempraktikkan ‘politik maju’ kerana ia mampu membawa perubahan kepada masyarakat.

Sementara itu, calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, meminta pengundi tidak membandingkan beliau dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak selaku penyandang kerusi itu sejak 1995 lalu kerana prestasi bekas Menteri Besar Kedah itu terlalu hebat berbanding dirinya.
Malah, beliau berharap kempen PRK berlangsung secara aman dan tenang seperti sebelum ini kerana orang UMNO dan PAS di sini adalah bersaudara dan mempunyai hubungan baik seperti adik-beradik.

Monday, October 21, 2013

Beri Peluang Barisan Kepimpinan UMNO Laksana Agenda Transformasi Negara

PUTRAJAYA, 20 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat memberi peluang kepada saf kepimpinan tertinggi Umno yang baharu untuk membuktikan kewibawaan mereka menjayakan agenda transformasi negara.
Presiden Umno itu berkata kepimpinan Umno tidak semestinya diganti dengan yang baharu kerana apa yang penting ialah kemampuan pasukan itu untuk melaksanakan agenda untuk negara.
“Proses transformasi telah dimulakan dengan Pindaan Perlembagaan, transformasi juga bererti bahawa kita ada agenda transformasi untuk negara. Soal utamanya ialah sama ada pasukan yang telah dipilih oleh akar umbi mampu untuk melaksanakan agenda transformasi negara.
“Jawapannya, mereka komited dan saya percaya pasukan ini mampu menterjemahkan agenda transformasi iaitu ke arah sebuah negara maju. Saya percaya, Insya-Allah kita mampu melakukan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Palm Garden Golf Club di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.
demokrasi-pemilihan-umno-perhimpunan-pemimpin-majlis-tertinggi-malaysia
Pada pemilihan semalam, seramai 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut sistem ‘Electoral College’ bagi memilih tiga naib presiden baharu.
Mengikut sistem itu, setiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi paling banyak daripada perwakilan bahagian dikira meraih satu undi daripada bahagian berkenaan.
Soal gandingan pemimpin lama dan baharu, Najib berkata sebagai presiden parti beliau mempunyai kuasa untuk melantik anggota tambahan dalam Majlis Tertinggi dan sebahagian daripada mereka yang akan dilantik nanti akan mencerminkan apa yang dikehendaki oleh rakyat dan anggota parti.
Ditanya sama ada barisan baharu merupakan calon dikehendaki rakyat, Perdana Menteri berkata : “Mereka dipilih oleh parti, jadi dipilih oleh 150,000 orang, kita perlu hormati pilihan itu, ia bukan dipilih oleh 2,500 orang seperti sebelum ini tetapi 150,000 orang yang telah memilih barisan baharu ini.
“Tapi kami akan mantapkan barisan dari segi saya mempunyai pilihan untuk melantik anggota tambahan dalam Majlis Tertinggi dan diharapkan ia akan mencerminkan pasukan yang kuat bila tiba masanya,” katanya.
Mengenai kurang calon wanita dalam Majlis Tertinggi, beliau menjelaskan keputusan pastinya tidak akan dapat memberi kepuasan kepada semua pihak dan Perlembagaan parti memberi kuasa kepada presiden untuk melantik anggota tambahan.
“Saya akan bincang dengan timbalan (presiden) nanti supaya dapat lihat cara bagaimana untuk mengukuhkan parti melalui pelantikan tambahan,” katanya.
Mengenai dakwaan campur tangan beliau dalam keputusan pemilihan Umno, Najib menafikannya sambil menegaskan undi adalah sulit dan ia adalah hak setiap perwakilan.
“Tak ada, ini (melibatkan) 150,000 perwakilan, macamana nak campur tangan? Undi semua adalah sulit. Semua orang boleh beri pandangan di semua peringkat tetapi akhirnya undi itu adalah undi sulit dan ia hak setiap perwakilan,” tegasnya.
Mengulas mengenai proses pemilihan Umno, Najib menganggap proses itu telah berjaya apabila anggota Umno secara menyeluruh menunjukkan sifat yang begitu matang dan ia berlangsung dalam suasana terkawal.
“Ia juga menunjukkan mereka (para perwakilan) telah melaksanakan tangungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh dan mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.
Sambil mengucap tahniah kepada mereka yang menang dalam pemilihan parti itu, Najib berkata beliau percaya kesemua pemimpin sama ada naib presiden dan anggota Majlis Tertinggi dapat membantu beliau dan Muhyiddin melunaskan tanggungjawab bersama sebagai satu pasukan yang mantap.
“Maka kita, sepatutnya menerima pemimpin-pemimpin ini sebagai pilihan ahli parti di peringkat akar umbi dan kita mesti menunjukkan bahawa kita mampu, pertama memenuhi amanah dan tanggunghjawab yang telah diletakkan di atas bahu kami semua sebagai pemimpin.
“Kedua, mengingatkan bahawa Umno adalah sebuah parti untuk rakyat bukan sahaja untuk ahli Umno, tetapi untuk rakyat keseluruhannya dan beriltizam untuk menjayakan agenda induk kita iaitu bukan sahaja mengukuhkan Umno sebagai sebuah parti politik bagi menjayakan matlamat perjuangan Umno tetapi agenda nasional juga iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju,” katanya.
Najib juga berkata kepada mereka yang tidak berjaya, beliau berharap mereka akan meneruskan perjuangan manakala yang berjaya hulurlah tangan persahabatan kepada semua.-MediaUMNO
“Saya harap tidak ada istilah kalah menang tetapi hakikatnya meneruskan perjuangan kita mengikut kemampuan masing-masing,” katanya.

Keputusan Rasmi Kerusi Majlis Tertinggi (MT) Bagi Pemilihan UMNO 2013

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013, Tan Sri Tajol Rosli Mohamed Ghazali hari ini mengumumkan keputusan rasmi pengundian Majlis Tertinggi (MT)  UMNO Malaysia 2013 yang diadakan di Aras 4, Putra World Trade Center (PWTC) di sini hari ini.
Berikut adalah senarai rasmi calon-calon yang terpilih bagi menduduki kerusi  Majlis Tertinggi UMNO sesi 2013 :
KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI UMNO MALAYSIA
PENGERUSI TETAP
BIL. NAMA GAMBAR
1 BADRUDDIN BIN AMIRULDIN – MENANG TANPA BERTANDING
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
BIL. NO CALON NAMA UNDI GAMBAR
1 01 MOHAMAD BIN HAJI AZIZ 166
PRESIDEN
BIL. NAMA GAMBAR
1 MOHD NAJIB BIN TUN HJ ABD RAZAK – MENANG TANPA BERTANDING
TIMBALAN PRESIDEN
BIL. NAMA GAMBAR
1 MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN – MENANG TANPA BERTANDING
NAIB PRESIDEN
BIL. NO CALON NAMA UNDI GAMBAR
1 01 AHMAD ZAHID BIN HAMIDI 188
2 03 MOHD SHAFIE BIN HJ. APDAL 177
3 02 HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN ONN 101
MAJLIS TERTINGGI
BIL. NO CALON NAMA UNDI GAMBAR
1 16 MUSTAPA BIN MOHAMED 186
2 31 JAMIL KHIR BIN BAHAROM 186
3 49 IDRIS BIN HARON 185
4 04 ISMAIL SABRI BIN YAAKOB 184
5 18 IDRIS BIN HJ JUSOH 184
6 13 AHMAD SHABERY BIN CHEEK 181
7 15 ABDUL AZEEZ BIN ABDUL RAHIM 181
8 32 ABD RAHMAN BIN DAHLAN 181
9 44 HASAN BIN MALEK 168
10 01 SHAHIDAN BIN KASSIM 166
11 40 MOHAMAD BIN HJ HASAN 165
12 25 JAMALUDIN BIN DATO MOHD JARJIS 161
13 20 RAZALI BIN IBRAHIM 157
14 19 MAHDZIR BIN KHALID 155
15 10 ROSNAH BTE HJ ABD RASHID SHIRLIN 146
16 06 ANNUAR BIN HAJI MUSA 143
17 21 MOHD PUAD BIN ZARKASHI 127
18 41 TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN 127
19 36 AZALINA BINTI OTHMAN 119
20 33 ABD. LATIFF BIN AHMAD 115
21 02 SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH 111
22 26 MOKTAR BIN RADIN 104
23 14 AB AZIZ BIN KAPRAWI 101
24 63 REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN 97
25 17 SOHAIMI BIN SHAHADAN 90

Friday, October 4, 2013

http://www.beritaterkini.my/pelarasan-gaji-kakitangan-awam-naik

Thursday, October 3, 2013

ISLAM DAN HIBURAN
BERITA ini mungkin akan mengejutkan dunia hiburan seluruh dunia.

Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini.

Khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan 
Atkinson.Rowan Atkinson

Syiah Sesat Suka Menepuk Dada

Syiah Sesat Suka Menepuk Dada
Perayaan tepuk dada yang dilakukan syiah ternyata membuat pahala pelakunya jadi gugur. Tapi mengapa mereka masih melakukannya?
Setiap tahun, syiah selalu mengadakan upacara tepuk dada, kerana sedih akibat dibunuhnya Imam Husein. Anehnya, mereka hanya mengadakan upacara tepuk dada ini untuk Imam Husein, dan mereka tidak mengadakan tepuk dada untuk mengenang ayahnya, Imam Ali bin Abi Thalib, yang juga mati dibunuh. Mengapa?
Apakah Imam Husein lebih baik daripada Ali bin Abi Thalib?
Ini terkait dengan misi syiah untuk tetap mengikat pengikut syiah secara emosional, hingga mereka tetap di buaian tipu daya para ulama dan ustadz. Emosi kesedihan mereka dibangkitkan sedemikian rupa, hingga fikiran pun tumpul dan akhirnya hilang. Ketika fikiran tidak lagi waras, maka ulama dan ustadz syiah bebas untuk mensabdakan apa saja, dan penganut syiah awam akan ikut, karena logika mereka sudah tidak lagi bekerja.
Pada makalah sebelumnya, iaitu makalah ini dan ini –kasi link- kami telah menjelaskan siapa sebenarnya yang penyembelihan imam Husein, yaitu para syiah yang menulis puluhan ribu surat untuk Imam Husein, memanggilnya ke Kufah untuk berjihad melawan apa yang mereka sebut sebagai “tirani”. Tapi yang terjadi di lapangan sungguh berbeda, karena syiah yang menulis surat pada Imam Husein, mereka malah memerangi Imam Husein hingga terbunuh. Ini sesuai dengan kesaksian Imam Ali Zainal Abidin, penerus Imam Husein.
Nah, jika yang membunuh Imam Husein adalah syiah sendiri, mengapa syiah malah berduka cita dan mengutuk para pembunuhnya? Jika memang syiah konsisten dengan pembelaan mereka terhadap imam Husein, dan konsisten terhadap kebencian pada para pembunuhnya, mestinya mereka meninggalkan mazhab syiah.
syiah
Selain memperingati duka cita, upacara tepuk dada ini juga diisi dengan pengobaran dendam dan kebencian pada ahlussunnah, yang dituduh sebagai pengikut Yazid bin Muawiyah, dan dituduh menyetujui pembunuhan terhadap Imam Husein. Dengan berkobarnya kebencian yang dipupuk dalam upacara peringatan syahidnya Imam Husein, maka jarak antara syiah dan ahlussunnah semakin bertambah jauh. Persatuan antara syiah dan ahlussunnah, yang selama ini dikampanyekan oleh Haidar Bagir dan kawan-kawannya, semakin jauh bak panggang jauh dari api.
Terkait dengan upacara tepuk dada ini, ada sebuah hadits dari Rasulullah dan Imam Ja’far As Shadiq, yang tentunya diriwayatkan oleh kitab-kitab syiah sendiri. Kami di sini tidak menggunakan dalil dari kitab ahlussunnah.:
Dari Muhammad bin Ali bn Husein, dengan sanadnya dari Shafwan bin Yahya dan Muhammad bin Abi Umair, dari Musa bin Bakr, dari Zurarah, dari Ja’far As Shadiq: Siapa yang memukulkan tangannya ke paha ketika ditimpa musibah, maka pahalanya akan gugur.
Dari Muhammad bin Ya’qub, dari Ali bin Ibrahim, dari ayahnya, dari An Naufali, dari As Sukuni, dari Abu Abdillah berkata:
Rasulullah SAWW bersabda:
orang muslim yang memukulkan tangannya ke paha saat musibah, maka itu gugurlah pahalanya.
Wasa’il Syiah jilid 3 hal 270, Bab 81
Jelas sekali, menepuk paha ketika musibah, sesuatu yang ringan, boleh menggugurkan pahala orang yang terkena musibah.
Jika menepuk paha boleh menggugurkan pahala, apalagi dengan menepuk dada?
Mengapa ulama dan ustadz syiah menyembunyikan riwayat ini dari umatnya?
Mengapa mereka menjauhkan pengikut syiah dari sabda-sabda para imam syiah sendiri?
Jika penganut syiah sengaja dijauhkan dari mazhab asli keluarga Nabi, lalu siapa yang diikuti oleh para ustadz syiah?