Wednesday, October 23, 2013

Jangan terperangkap politik kekeluargaan pembangkang

Yan: Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, menasihatkan pengundi tidak terperangkap dengan sentimen politik kekeluargaan yang dimainkan pembangkang.

Sebaliknya, beliau berkata kebolehan calon BN atau PAS harus diukur berdasarkan kebolehan masing-masing sebagai individu, terutama kemampuan menunaikan kewajipan diamanahkan, sekali gus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Lihat sumbangan calon


“Saya kira faktor politik kekeluargaan tidak wajar dijadikan sebagai kaedah untuk memilih wakil rakyat yang akan mewakili penduduk DUN Sungai Limau.
Sebaliknya, mereka perlu melihat faktor sumbangan calon sebagai kriteria utama untuk mengangkat kehidupan masyarakat yang diwakilinya,” katanya ketika ditemui sempena majlis turun padang anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, semalam.

Ahmad Sohaimi berkata, beliau tidak menafikan faktor politik kekeluargaan mungkin menjadi dorongan pengundi membuat pilihan, namun aspek politik secara holistik juga perlu dilihat dengan mempraktikkan ‘politik maju’ kerana ia mampu membawa perubahan kepada masyarakat.

Sementara itu, calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, meminta pengundi tidak membandingkan beliau dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak selaku penyandang kerusi itu sejak 1995 lalu kerana prestasi bekas Menteri Besar Kedah itu terlalu hebat berbanding dirinya.
Malah, beliau berharap kempen PRK berlangsung secara aman dan tenang seperti sebelum ini kerana orang UMNO dan PAS di sini adalah bersaudara dan mempunyai hubungan baik seperti adik-beradik.

No comments:

Post a Comment